HOMESTAY KLIA 2 SEPANG...BOOK SEGERA Sabri 01155502686

KLIA 2

Klia2 Kuala Lumpur International Aiport 2

Homestay KLIA 2
KLIA 2


Kuala Lumpur International Aiport 2 atau singkatannya Klia2 merupakan lapangan terbang terbaru Malaysia. 

KLIA

Sejarah bermula dengan pembinaan klia. Pembinaan KLIA bermula pada tahun 1990 apabila kerajaan menjangkakan lapangan terbang utama pada waktu itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (kini namanya ditukar Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah) tidak akan mampu menampung permintaan apabila bilangan penumpang meningkat di masa hadapan. Peningkatan bilangan penumpang sangat tinggi. Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu adalah Dato' Seri Mahathir bin Mohamad merupakan orang yang paling kuat menyokong pembinaan lapangan terbang ini yang akan menjadi komponen utama dalam Koridor Raya Multimedia. Beliau nampak tentang kepentingan lapangan terbang klia tersebut kepada kejayaan negara.

Keputusan ini pada mulanya mencetuskan kontroversi. Lokasinya yang terletak kira-kira 50 kilometer jauhnya daripada pusat bandar Kuala Lumpur dilihat sebagai tidak menyenangkan di samping kos pembinaan yang meningkat melebihi jangkaan awal. Para pengkritik juga mengatakan Subang masih boleh diperbesarkan diwalaupun kerajaan menyatakan sebaliknya. Dalam masa yang sama, kerja-kerja di Subang diteruskan semasa pembinaan KLIA. Terminal 3, terbaru di Subang dibuka pada Disember 1993 dan Terminal 2 telah diubahsuai pada 1995, hanya tiga tahun sebelum pembukaan KLIA.

Dengan tapak pembinaan seluas 100 km2, tapak pembinaan KLIA merupakan antara yang terbesar di dunia. Ia dibina di atas tanah pertanian dan tidak memerlukan pengambilan tanah kepunyaan persendirian. Plan Master KLIA adalah termasuk pembinaan lima landasan terbang, dua terminal penumpang dan dua terminal satelit bagi setiap terminal dalam tiga fasa. Fasa Pertama pembinaan termasuk pembinaan satu terminal utama diikuti dengan satu terminal satelit yang mampu menampung sebanyak 25 juta penumpang setiap tahun dan dua landasan terbang yang berfungsi sepenuhnya. Dibawah perlaksanaan Fasa Pertama, sebanyak 60 pintu penerbangan, 20 tapak pesawat tanpa pintu dengan 80 tapak pesawat, 4 hangar penyelengaraan dan 4 stesen bomba akan dibina. Perlaksanaan Fasa Kedua dan Ketiga merupakan projek pembesaran lapangan terbang sedia ada untuk menampung bilangan penumpang yang akan meningkat. Akhirnya, lapangan terbang ini akan mampu menampung sebanyak 100 juta penumpang setiap tahun apabila keseluruhan projek telah siap.

Dengan tenaga 25,000 orang buruh bekerja 24 jam sehari, lapangan terbang ini telah siap dibina selama empat setengah tahun. Lapangan terbang ini dibuka secara rasmi pada 27 Jun 1998, seminggu lebih awal dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong tetapi semua penerbangan dipindahkan dari Subang tiga hari kemudiannya pada 30 Jun 1998. Penerbangan domestik yang pertama tiba di KLIA adalah Malaysia Airlines MH1263 dari Kuantan pada jam 7.10 pagi dan penerbangan antarabangsa pertama tiba di KLIA juga merupakan penerbangan Malaysia Airlines MH188 dari Maldives pada jam 7.30 pagi.

Pembukaan lapangan terbang ini diikuti pelbagai masalah. Sistem pembahagian tapak pesawat dan jeti penghubung terganggu, kesesakan berlaku dalam setiap bahagian lapangan terbang, dan pengurusan bagasi juga terganggu dengan penumpang yang kehilangan bagasi terpaksa menunggu hampir 5 jam untuk bagasi mereka. Kebanyakan masalah ini berjaya diselesaikan, namun sistem bagasi terus menghadapi masalah demi masalah dan kini ia diletakkan sebagai tender untuk mencari pengurusan baru pada 2007.

Lapangan terbang ini juga terpaksa menghadapi krisis kewangan Asia Timur, penyakit SARS dan wabak selsema burung yang memberi impak negatif terhadap trafik penumpang di Malaysia. Pertumbuhan trafik adalah negatif semasa krisis kewangan tersebut kerana kebanyakan syarikat penerbangan lain yang telah beroperasi di KLIA seperti All Nippon Airways, British Airways, Lufthansa, dan Northwest Airlines terpaksa menghentikan operasi setelah mengalami kerugian. Fasa Pertama lapangan terbang ini mensasarkan bilangan penumpang sebanyak 25 juta setahun tetapi pada tahun pertama operasi KLIA, bilangan penumpang hanya mencecah 13.2 juta penumpang. Walaubagaimana pun, trafik penumpang akhirnya meningkat kepada 21.1 juta penumpang pada tahun 2004 dan 23.2 juta penumpang pada tahun 2005 - walaupun masih tidak mencapai sasaran 25 juta penumpang bagi tahun 2003.

Pada tahun 2007, KLIA telah dianugerahkan sebagai lapangan terbang terbaik bagi kategori 15-25 juta penumpang dan tempat ketiga bagi lapangan terbang terbaik di Asia Pasifik dan Dunia. Anugerah ini disampaikan oleh Airports Council International Airport Service Quality (ACI-ASQ).

Nama Kuala Lumpur International Airport juga merupakan nama alternatif terdahulu bagi Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (SZB) di Subang.

KLIA 2

KLIA2 adalah terminal penerbangan tambang murah yang baru di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Malaysia. Terminal ini terletak 2 kilometer dari Bangunan Utama Terminal KLIA (MTB). KLIA2 dibina untuk menampung pertumbuhan pesat dalam pelancongan tmabang murah di rantau ini dan akan menggantikan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT). KLIA2 akan dibuka pada Mei 2, 2014 dan semua operasi penerbangan di LCCT akan berpindah ke KLIA2 pada Mei 9, 2014.

Sejak perasmian KLIA pada 27 Jun 1998, lapangan terbang ini telah mendapat pelbagai anugerah daripada organisasi-organisasi antarabangsa di seluruh dunia seperti Skytrax dan International Air Transport Association (IATA).

Komitmen yang diberikan KLIA dalam mempromosikan tanggungjawab menjaga alam sekitar kepada para penumpangnya menerima pengiktirafan oleh Green Globe. KLIA juga merupakan satu-satunya lapangan terbang di dunia yang menerima sijil Green Globe 21 pada tahun 2004 dan seterusnya. Dengan usaha yang berterusan untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada penggunanya, lapangan terbang ini telah diiktiraf sebagai antara lima lapangan terbang terbaik di dunia.

Selain itu, KLIA juga merupakan lapangan terbang yang pertama sekali di dunia untuk dianugerahkan sijil Airport Service Quality (ASQ) Assured daripada Airports Council International (ACI).
 
 

Jom booking Homestay Klia Sepang SEGERA
Klik WhatsApp = www.wasap.my/601155502686/HomestayKliaSepang